BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 19, 2009

KATA-KATA PERANGSANG

Salam
Anda apa kabar. Anda jwablah Alhamdulillah baik saya hebat....Ini adalah kata-kata perangsang atau motivasi sekiranya anda ingin berjaya.

Dibawah adalah sebahagian kata-kata perangsang oleh orang-orang yang telah berjaya dalam kehidupan mereka.

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
"Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang"

Azizi Ali
"Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya"


Irfan Khairi
"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini"


Chef Li
Penulis buku trilogi terkenal, "Jutawan Senyap", Chef Li mendedahkan rahsia untuk menjadi jutawan bidang masakan (food & beverage). Pengasas Institut Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar dalam bidang masakan, tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan bidang masakan.

"Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif"


Dato' Dr Azman Ching
Jutawan MLM
Jutawan MLM terkemuka, Dato' Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya, bagaimana daripada zero, menjadi seorang hero. Pakar motivasi dan juga usahawan yang disegani.

"Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"


Billi Lim
Jutawan berani gagal
Jutawan yang berani gagal, World's No #1 Failure Guru, Billi Lim. Sejak kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau gagal. Dalam pendidikan, beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam perniagaan beliau gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal! Kini Billi Lim merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan gayanya tersendiri memberi fokus bahawa kegagaan adalah batu loncatan untuk berjaya

"Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu"



Dato' Hussamuddin Yaacob
Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Karangkraf kini merupakan pengeluar majalah terbesar di Malaysia. Juga, merupakan syarikat percetakan terbesar di Malaysia. Apakah rahsia Dato' Hussamuddin yang lahirnya dalam keluarga yang memiliki sebuah kedai majalah (teramat kecil), dan kini memiliki syarikat penerbitan terbesar di Malaysia?

"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"


Abang Abu
Usahawan Jutawan
Abang Abu adalah motivator kewangan terkenal di Singapura! Seorang usahawan, motivator dan juga ikon TV Singapura, Abang Abu mendedahkan rahsianya menjadi jutawan pada umur 26 tahun. Bagaimana seorang insan ini yang melalui satu kemalangan yang ngeri yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya dan hampir mengambil nyawanya juga, telah bangun dan menentang arus dan menjadi seorang jutawan?

"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda -Think positif"